Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !
Assalamualaikum !
Testimonal;
''Bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan saya kerana apabila memakainya akan membuatkan saya cukup selesa''
''Tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diri saya''
''Menutup aurat tu paling penting. Fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people tapi sebenarnya bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen tu''
Berikut adalah suara-suara testimonal oleh pemakai tudung labuh.
Hidup menuntut kita untuk membuat pilihan.
Anda ada dua pilihan. Hidup juga menuntut kita untuk membuat pilihan.
Memilih jam mahal diletak di dalam balang berkaca di show room. Indah dipandang tetapi harganya mahal. Tersangat mahal sehingga kita yang bergaji biasa, berelaun biasa, berduit sederhana tidak mampu untuk membelinya. Kita hanya mampu memandang meskipun dari jauh, padahal kita sangat ingin sekali memilikinya. Kita jadi sedar diri, tentang hakikat diri kita, tidak punya wang yang banyak, tidak hidup mewah untuk membeli jam yang tersangatlah mahal itu. Hanya orang yang benar-benar punya wang yang banyak yang mampu membelinya.
Terkadang longgokan jam murah di pasar malam itu, sangat menggoda kita untuk membelinya. Murah, RM 10. Mudah untuk dilihat, tidak diletak di balang-balang kaca. Kita dengan seenaknya memegangnya. Jika mahu, beli, jika tidak mahu, kembali meletakkannya. Entah sudah berapa tangan yang telah menyentuh jam tersebut. Ia bisa ditatap seenaknya, disentuh semudahnya. Kita mampu membelinya bila-bila masa.
Jauh di sudut hati, pasti kita menginginkan jam yang mahal tersebut.
Yang tertutup itu indah, dan tidak semua mampu untuk memilikinya. Walhal keinginan untuk memiliknya membuak-buak tanpa mengetahui status diri.
Siapa soleh dapat solehah. Insyaallah..
Semua orang punya impian untuk memiliki pasangan yang beriman, suami yang soleh dan isteri solehah. Supaya keturunan nanti baik-baik, zuriat yang dilahirkan diharap juga soleh solehah seperti ibu bapanya.
Bukan topik suami isteri yang saya hendak bincangkan, tapi ianya adalah sebuah gambaran akan datang dari sekecil-kecil perkara. Banyak kawan lelaki yang saya tanya, rata-rata mereka inginkan wanita solehah, yakni mereka perincikan lagi, seorang wanita yang bertudung labuh. Bagi mereka, wanita bertudung labuh ini sedap mata memandang, akhlak solehah, pandai menjaga diri, dan dipercayai. (jika ada kes yang terjadi berlawanan seperti apa yang dinyatakan itu kes terpencil)
Jadi, akhlak luaran telah menggambarkan dalaman.