mahukah Allah cinta kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !



 istiqamah dalam cinta
cinta dan kasih pada-Nya

ALLAH




 istiqamah
usah dimulakan dengan yang berganda-ganda amalnya
sehingga di akhirnya membuatkan kita sendiri bermalas-malasan
tatkala putaran 'roda iman' di bawah
 aku juga pernah merasa
bila iman ditembak nafsu
aku jadi tak terdaya
kerna aku tidak sempurna
aku juga jatuh rebah
 menangis mengingati dosa

namun Allah tetap bersama
senantiasa bersama aku
dan juga kamu

jadi..
ayuh-lah bangun semula!
sapu debu2 dosa
bangkit semula gapai mardhatillah

meskipun kau mulai menapak dengan tapak-tapak kecil amalmu
namun kau istiqamah dengan amal-mu itu
Allah lebih cintai!
"Amal bagaimanakah yang paling disukai Allah?"
Jawab Rasulullah SAW,
"Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit."
{ HR Muslim }





T H E      K E Y      IS      " I . S . T . I .Q . A . M . A . H "

Istiqamah berpegang kepada din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.

Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang-orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Hud : 12)



 " Istiqamah is not easy,but i will do my best;InsyaAllah "
and..you to guys!
may Allah ease..

Untuk melahirkan istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin iaitu:     لله (liLlah), الله  مع (bersama Allah) dan الله  الى(menuju kepada Allah)



لله (liLlah) bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai mabda’ (perinsip hidup).

الله  مع(bersama Allah) iaitu bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan Islam sebagai manhaj hidup.

الله  الى (menuju kepada Allah) bermakna sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.


*** 
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu. Menitis air mata tatkala merindu. Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh. Tetapi, janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu” 


— (Asy-Syahid Hassan al-Banna)

di setiap bait tarbiyahku




Diri bukan Kakak yang penuh hatinya
Yang terisi banyak ayat keramat ilahi
Yang santun jiwanya dengan sunnah kekasih murabbi.

Hanya budak
Yang baru terdengar orang berbisik ‘tarbiyah’
Apabila ditanya pada diri
Hanya kelu lidah memberi.

Hanya budak
Yang terpinga-pinga mendengar tadabur
Dari bibir ke bibir
Yang mengetap bibir menunggu giliran mengaji
Yang menggaru kepala meniti sirah nabawi
Yang menggerutkan dahi demi memahami Islam.
Itulah terbiyah

Siapa tahu?
Yang mampu mengubah pokok yang mati
Kepada mawar yang mewangi.

Siapa sangka?
tarbiyah mampu beri kekuatan
Tarbiyah berterusan memantapkan jiwa yang kontang.
Hanya menjadi budak
Mengenal Islam lagi dan lagi.