10 Tabiat Rosakkan Otak


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !


1. Tidak mengambil sarapan pagi 
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. 

2. Terlebih makan 
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. 

3. Perokok 
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer.

4. Penggunaan gula yang berlebihan 
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. 

5. Pencemaran udara 
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 

6. Terlebih tidur 
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. 

7. Menutup muka ketika tidur 
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat 
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. 

9. Kurang berimiginasi 
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. 

10. Jarang berfikir 
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. 

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. 

Mereka ialah: 

1. Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.) 

2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. 
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.) 

3. Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya ! menja! ga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 

4. Anak-anak lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 
(p/s; Duhai anak2 lelaki sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Tak terlepas dari melakukan dosa, 
selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah S.W.T; 
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

kenapa Couple itu Haram? Apakah Nas yang menyatakan Couple tu Haram?



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




1) Couple Itu Haram Kerana Berlaku Zina Mata Dan Penyalahgunaan Panca Indera 
Allah telah berfirman yang bermaksud: dilarang lelaki melihat bahagian tubuh wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu. 

Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata : 

Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih) 

Dari Jarir bin Abdillah berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”(H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud) 

Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat. 

Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda: “Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua.” ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud, Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.) 

Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin orang bercouple tidak saling memandang?. Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata?. Sudah tentu mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA. Ianya HARAM secara jelas. 

2) Couple Itu Haram Kerana Bersentuh Antara Lelaki Dan Perempuan 

Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda “Engkau ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta. Barulah namanya “pasangan kekasih” maka si lelaki mula buat-buat tersentuh. 

Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama, PASTI akan berpegang atau bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw: 

Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921] 

3) Couple Itu Haram Kerana Terpaksa Mendengar Suara Wanita Yang Mendayu-Dayu 

Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu? 

Mengikut Imam Syafie; Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki-lelaki yang ajnabi (asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak. 

Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada didalam batasan yang digariskan. Suara Wanita yang bernada rendah/ mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap dengan nada yang lembut. 

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya. 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.” 

Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata, “Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan ungkapannya.” 

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,“Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.” 

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan. 

Suka diterangkan disini, perbualan ini tak terhad kepada telefon memandangkan dunia yang semakin canggih. Justeru voice chat, tele-conference, cellphones dan sebagainya termasuk dalam kategori yang sama. 

Pesanan: kalau tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek. 

Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati. 

Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM MELAINKAN KAHWIN SAHAJA. KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL. Perkahwinan itu mempunyai banyak hikmah. >> Hikmah Perkahwinan <<. 

Ini adalah sebahagian sahaja dari hujah-hujah mengenai hukum couple. Anda boleh meneruskan pembacaan mengenai KENAPA COUPLE ITU HARAM di entri KENAPA COUPLE HARAM?. DI SINI DALIL AL-QURAN DAN NAS HADIS. 

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan segala kenikmatan tetapi kamu membenci-Ku dengan berbuat maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu, namun segala kejahatan naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya”(Hadith Qudsi) 

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.(Surah Zumar: 9) 

Renung-renungkanlah. LOVE OR LUST?

Dialog antara muslimah dan perempuan...



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




Perempuan: Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga kew? 

Muslimah: Yang pasti tak tutup aurat, confirm masuk neraka. . .  

Perempuan: Eemmm. . Tudung labuh pun macam baek cngat. . Buat dosa jugaq! 

Muslimah: Bila iblis x mahu ikut perintah Allah untk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. . . “Apahal plak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula di salahkan. Pakai tudung x semesti nya baek. 

Perempuan: macam lah kau tue bagus cngat nak nasihatkan aku nie. . . entah2 kau tue dulu ag teruk dari aku. . . !! 

Muslimah: Tak tersabit bersalah. . . Dari Nabi, untuk seseorang yang islam bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. . . Selagi awak islam, dakwah itu wajib walaupun awak tak berapa betul. . Sekurang2 nya dah insaf dan bertaubat sekarang. . . Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk bertaubat. . . Smile 

Perempuan: Kami memang sexsi tapi hati kami baek. . .!! x der la jahat. . 

Muslimah: Kiranya awak mendakwa diri awak mempunyai hati yang sudi, iman yang tinggi dan kononnya mampu menjamin maruah diri awak tanpa menutup aurat? 

Perempuan: Pakai jarang or ketat ke itu hak kami. suka hati kamilah nak pakai macam mana pun. . .!! Kami x menyusahkan hidup orang laen. . . Kalau x suka jangan pandang. ! 

Muslimah: Sebenarnya awak dah banyak menyusahkan orang laen. . . Ayah, Abang, Adik, Suami serta orang laen. . . Dengan menarik mereka ke neraka bersama awak hanya di sebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik awak. . . Itu yang awak kate x menyusahkan orang laen? 

Perempuan: apa yang kami lakukan, antara kami dengan Allah. . . ! 

Muslimah: Berani cakap di dunia. . . berani ke cakap macam itu dekat akhirat depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. . . 

Perempuan: Bukan nya kami x nak tutup aurat tapi seru belum sampai lagi. . . 

Muslimah: Mati x mengenal usia tua atau muda. . . X takut ke mati dalam usia muda? X sempat nak bertaubat nanti. . . 

Perempuan: Alaa, x kan lah nak buat perubahan secara drastic kot? Slow-slow lu. . . 

Muslimah: Boleh ke cakap at Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. . . jangan ambek nyawa aku lagi. . . boley? 

Perempuan: Aku x nafikan, tutup aurat tue bagus tapi kami x nak la hipokrit coz x ikhlas nak tutup aurat. . . 

Muslimah: Kalau macam itu, sememangnya awak hipokrit coz tidak ikhlas beragama Islam . . . 

Perempuan: ………………………………… 

Muslimah: Sekadar renungan bersama. . . Smile 

Alhamdulillah masih bernafas rupa nya kita ini. Allah masih memberi kite peluang untuk berubah ke arah kebaikan. Segala nasihat adalah untuk peringatan pada diri sendiri. 

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumeh tanpa menutup aurat, 
Maka selangkah juga ayahnya itu ke Neraka. 
Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, 
Maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.” 

CINTA, Sentiasa Ada Sepanjang Waktu



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !






50 tahun yang lepas ...
Ketika si dia melamar isterinya, si dia berkata: “Percayalah padaku Sayang…InsyaAllah aku akan jadi penjagamu, sentiasa ada untukmu dan jadi lah yang HALAL buatku”

40 tahun yang lepas ...
Ketika isterinya melahirkan khalifah pertamanya, ia berkata padanya: “Terima Kasih Sayang kerana Sanggup Berkorban Untuk Suamimu….”

20 tahun yang lepas ...
Di hari khalifah mereka mendirikan rumahtangga, jari jemarinya menggenggam erat jari jemari isterinya dan berkata: “Sayang Masih Ada Abang”..

Setahun yang lepas ...
Sewaktu si dia mendapat tahu si isteri berada dalam keadaan sakit yang kritikal, tidak pernah sesekali si dia jauh dari isterinya, sentiasa ada di samping si isteri sambil membelai-belai si isteri, mencium isteri dan mendakap si isteri sehingga isteri nya lena. Si dia berkata “ Abang akan sentiasa di samping mu.”

Dan Hari ini, isterinya telah pergi ...
Dia menahan air mata mencium kening isterinya dan berkata: “Abang akan sentiasa akan kirimkan doa buat mu sayang, tunggu abang…..”

Sepanjang hidup ini, ia tidak pernah mengatakan kepada isterinya, "Aku mencintaimu",
Namun cintanya, tidak pernah hilang.

Cinta sejati adalah sebuah tindakan, bukanlah hanya bahasa.
Lebih baik mencintai sepenuh hati dengan perbuatan daripada mengatakan "I love you" seratus kali.

kesan zikir terhadap otak



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !






Otak hanyalah aktiviti- aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas- tugas tertentu bagi membolehkan ianya berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang memebentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh badan yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalh natijah daripada aliran bio-elektrie yang tidak terbatas.


Oleh itu,apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat - kalimat Allah,seperti Subhanallah,beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.Iani menyebabkan erlakunya satu aliran bio-elektrik  di kawasan - kawasan saraf  otak tersebut.Apabila  zikir  disebut berulang- ulang kali,aktiviti saraf  ini menjadi  bertambah aktif  dan turut  menambah  tenaga  bio-elektrik .Lama- kelamaan kumpulan saraf  yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.Dengan itu,otak  menjadi aktif  secara  keseluruhan .Otak semakin kreatif  dab kritis ,sedang  sebelum berzikir otak  tidak begini.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi  hati untuk  melakukan  kebaikan  dan menerima  kebenaran.

Sahabat Sejati



Sahabat yang sebenarnya, ialah mereka yang selalu mengingatkan kita akan Allah dan mereka yang akan menggiring kita ke syurga. 

Diriwayatkan, bahawa apabila penghuni syurga telah masuk kedalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu didunia. 

Mereka bertanya tentang sahabat-sahabat mereka kepada Allah: “Yaa Rabb, kami tidak melihat saudara-saudara kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami,….” 

Maka Allah berfirman: “pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah” (Riwayat Ibnul Mubarak dalam kitab “az-Zuhd”). 

Al-Hasan Al-Bashri berkata: “perbanyaklah sahabat-sahabat mu’minmu, kerana mereka memiliki syafa’at pada hari kiamat”. 

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis: “Jika kalian tdk menemukan aku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: “Wahai Rabb kami, hambamu fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga” 

”Jadi...Sahabatku alangkah indahnya aku mengenalmu ,orang yang selalu mengingatkan aku kepada Allah, kepada nabi muhammad, kepada amal soleh, kepada kebaikan-kebaikan. 

Ya Allah, aku memohon kepadamu, kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk taat kepadaMU. 

Ya Allah. Aku memohon kepadamu untuk sahabat-sahabat itu agar engkau jagalah hati mereka ,bimbing, ajari mereka ,selamatkan dunianya akhiratnya, beri kemudahan, berkati hidupnya, angkat derajatnya, tambahkan ilmunya, bahagiakan dia, ampuni dosanya, maafkan kesalahannya, berilah pertolongan kepadanya setiap kesulitan diri dan keluarganya.. 

Ya Allah, kekalkanlah persahabatan kami sampai kami bertemu denganMu wahai Dzat Yang Maha Pengasih. 
آمِينَ ياَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. 

Sahabatmu.


Formula 5F Ciptaan Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !

Entri kali ni nak share tentang formula unik dalam dunia. 
Formula apa???

Bukan Matematik

bukan fizik

bukan Kimia

Tetapi Formula Yahudi

Formula 5F ciptaan Yahudi



1. Filem



Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem

2. Famili (keluarga)


Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

3. Fesyen




Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa


4. Fun (hiburan)




Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan.


5. Food (makanan)




Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi


Rasa familiar tak? Yer, memang sangat familiar kerana kita semua termasuk saya pasti terkena jarum halus yahudi, pun begitu yakinlah bahawa sehalus mana perancangan Yahudi, Perancangan Allah itu Maha Halus. 

Wallahualam