A story - Aurat-

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




Perkongsian yang saya ingin sisipkan ini dari fb saya.jadi,mohon maaf kerna tak ada sumber sahihnya.isu aurat..ya..ya...mungkin bagi sesetengah 'mereka-mereka' menggangap isu ini biasa-biasa.lagaknya,mudah saja..tapi di sebalik itu,saya yakin masih ada yang tidak tahu batas aurat antara saudara mara kita..kerna,saya juga dulu pernah merasakan hal yang sama.terutamanya yang saya perhatikan ketika hari lebaran..ramai yang bersalam-salaman tidak kira batas-batas syariah.maksud saya,yang sepatutnya kita jaga aurat..tidak pula kita menjaganya..yang sepatutnya haram bersalaman..disalamnya pula dengan 'slumber deeekk..' jer dengan saudara ajnabi. *HAH HA..sorry sbb bahasa dah terkacuk indon sikit-

moga dapat memahami sebaiknya..  :)

sama-sama kita ambil tahu dan berubah ya..kerna mahu Allah cinta dan sayang kita.. *peace !!*




******




Kenapa asyik 'berkelubung' je walaupun kat dalam rumah?
Balik kampung dalam rumah pun nak pakai tudung, nak pakai pakaian lengkap?

Sebabbb...
Tu Allah yang suruh,
bukan sekadar ikut-ikutan.

Bila sorang pakai tudung, yang lain ikut pakai tudung walaupun dia dikategorikan tak payah pakai tudung dalam situasi tu.

So jom sama-sama cuba faham kejap.
Siapa yang perlu tutup aurat dalam rumah dan siapa yang tak perlu :')

Masalah ni selalu jadi bila balik kampung, pergi ziarah rumah sedare dan sebagainya.

Kita perlu tutup aurat pada sesiapa sahaja yang dianggap ajnabi.
Haa siapa ajnabi tu?

Kalau bagi perempuan, ajnabi adalah lelaki yang selain daripada:
1. ayah
2. atuk
3. adik-beradik lelaki kandung atau susuan
4. pakcik (adik beradik ayah atau ibu, bukan yang berkahwin dengan adik beradik ayah atau ibu)
5. suami (bukan bakal suamiii!)
(kalau dalam rumah hanya ada orang-orang yang di atas, maka tak perlu 'berkelubung')

dan perlu ditekankan juga orang-orang yang dengan selambanya kita buka aurat pada mereka sebab dah dianggap keluarga terdekat sedangkan kita wajib tutup aurat depan mereka walaupun dalam rumah:

1. sepupu lelaki
2. pakcik yang berkahwin dengan adik beradik ibu atau ayah kita

dan apatah lagi orang-orang luar yang lain

jangan silap faham yang menutup aurat hanya bila keluar dari gate rumah, selain dari tu tak payah.

sebab tu banyak kejadian bila sidai baju kat balkoni atau garaj tak pakai tudung, atau pakai baju lengan pendek, bila sepupu lelaki datang rumah, tak rasa apa kalau tak tutup aurat dsb.

sedangkan Allah suruh tutup aurat bukan sebab tempat tapi sebab orang yang ada di sekeliling kita.

no offence.
kita perlu saling mengingatkan.
sebab kita saling menyayangi kan?
sebab kita taknak sorang pun dari kita tak dapat masuk syurga kan?

"bukan salah mereka yang tidak tahu, tapi salah kita yang tak beritahu."

dan kalau dah tahu, perlu amalkan
kalau tak tahu, kena rajin dan tak malu bertanya.

insyaAllah tak rugi kalau kita bertanya lagi-lagi soal agama.

wallahua'lam.

ana faqirun ilallah.


#jgn lupa kaki juga aurat,ambil langkah berjaga-jaga..pakai stokin ja senang.



di saat Allah memilih hatiku.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..


begitu tidak terhitung nikmat yang dikurniakan "Sang mentari hati kita" kepada hamba-hambaNya..
meskipun mereka sering alpa..kerna terlalu terikat dan himpit nikmat dunia yang fana(sementara).




Allahu Rabbi...Allahu Akbar !
terasa ingin menangis dengan esaknya di hadapanMu Ya Rabb..
begitu Engkau mencintai daku,hamba yang bernoda dosa.


Saat Allah memilih hatimu,
Allah akan terus mengujimu sehingga Allah benar-benar dekat dan utuh dalam hatimu. =)

 -biar hati ini terikat padaMu.

bilamana kita 'terlangkah' masuk dalam bulatan dakwah dan tarbiyah(DnT).
sudah pasti..
bahkan tersangat ku yakin.
bahwa,'hamba' itu tidak akan menarik diri keluar kembali dari bulatan itu.
kerna dia sudah jatuh cinta..jatuh cinta ...kembali kepada tuhannya yang Esa.


tetapi...tetap ku ingin tegaskan,'jalanan ini' bukan jalanan biasa,bukan juga jalanan yang penuh riang dan tawa,dan juga bukan jalanan yang penuh dengan duri kedukaan..


tetapi...jalan ini adalah jalan kembali kepada Allah,jalan menuju syurga Allah!
mana mungkin ada yang mahu menolak nikmat syurga Allah terindah.
jika dia benar-benar menyedarinya dari awal...alangkah untungnya dia.
kerna dia membina taman-taman di syurga.menebarkan bauan indah syurga.





aku sering 'ditembak' bertalu-talu..
juga sering di 'panah' dengan panahan paling berbisa..
terasa seperti 'dihumban' jatuh kedalam gaung yang dalam..
terasa 'ditampar' dengan tamparan yang hebat,kesakitannya mega giga yang ku rasa..
namun,jauh di sudut hati yang paling dalam diciptakan Sang Khaliq.
aku sebenarnya benar-benar hidup kembali dalam semua 'kesakitan' itu..
aku dapat rasakan manisnya..aku mulai makin cinta..cinta..
cinta kan semua jalan-jalan berduri menuju Ilahi.


aku jatuh cinta dengan 'kesakitan' itu,kerna itu aku tidak terlalu 'tersiksa' ketika melaluinya..
buat Murabbiah ku,moga Allah membalas kasihmu padaku dengan syurga tertinggi! Ameen Ya Rabb..


kem itu benar-benar memberikan tamparan yang hebat kepadaku,kerna Allah sayangkan ku..
Dia ingin aku benar-benar mencintaiNya..kerna itu juga Dia mengirimkan kepadaku "semua ini".
Alhamdulillah..

di saat Allah memilih hatimu.

jangan lah kau gusar untuk berpaut pada panggilanNya.

kerna Dia tahu itu yang terbaik buatMu.

ayuh!bangun dan pecut berlari kepadaNya.

Allah sangat mencintaimu sebenarnya!sedarlah!sedarlah!

wahai hati yang dipegang Ilahi,
jangan kau berduka lagi,
kerana janji-Nya itu pasti,
nikmat syurga bakal kau kecapi !


"Sesungguhnya kesenangan syurga adalah kemenangan yang sebenar."

[as-Shaaffat : 37]



manisnya.....





Allah ....

='(

dakapan ketenangan yang dikirimkan olehMu Ya Rabb..

dibalik kesibukkan sahabat2 ana yang lain berteleku di meja studi..


kau kirimkan kepadaku 

suatu yang bisa mengubat kesakitanku sekarang ini

bahagia yang kurasa,


semuanya

di atas kurniaan daripada Sang Pencipta.

manisnya................................................



SubhanAllah !


^_^


"bulatan gembira" terchinta!







La tahzan … rabbuna ma’ana




Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya


La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita



Mereka kan tetap berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta dan nyawa
Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja



Siapa Tuhan kamu
Siapa guru kamu
Apa pesanan kamu
Apa cita-cita hidup kamu
Takkan kita hanya berdiam sahaja



Tuhan memanggil aku





Tuhan memanggil.. ku tidak menyahutnya..
Tuhan memanggil.. aku mendengar saja..
Tuhan memanggil aku.. ku sahut sekali sekala..
Tuhan memanggil aku.. ku cuba menerimanya..

Tuhan memanggil.. ku sahut bertalu-talu..
Tuhan memanggil.. ku jemu menyahutnya..

tapi aku memaksa diriku menerimanya..
itulah diri aku.. belum jinak dengan Tuhan..
aku akan jinakkan dengan bermujahadah..



mahukah Allah cinta kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !



 istiqamah dalam cinta
cinta dan kasih pada-Nya

ALLAH




 istiqamah
usah dimulakan dengan yang berganda-ganda amalnya
sehingga di akhirnya membuatkan kita sendiri bermalas-malasan
tatkala putaran 'roda iman' di bawah
 aku juga pernah merasa
bila iman ditembak nafsu
aku jadi tak terdaya
kerna aku tidak sempurna
aku juga jatuh rebah
 menangis mengingati dosa

namun Allah tetap bersama
senantiasa bersama aku
dan juga kamu

jadi..
ayuh-lah bangun semula!
sapu debu2 dosa
bangkit semula gapai mardhatillah

meskipun kau mulai menapak dengan tapak-tapak kecil amalmu
namun kau istiqamah dengan amal-mu itu
Allah lebih cintai!
"Amal bagaimanakah yang paling disukai Allah?"
Jawab Rasulullah SAW,
"Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit."
{ HR Muslim }





T H E      K E Y      IS      " I . S . T . I .Q . A . M . A . H "

Istiqamah berpegang kepada din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.

Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang-orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Hud : 12)



 " Istiqamah is not easy,but i will do my best;InsyaAllah "
and..you to guys!
may Allah ease..

Untuk melahirkan istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin iaitu:     لله (liLlah), الله  مع (bersama Allah) dan الله  الى(menuju kepada Allah)



لله (liLlah) bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai mabda’ (perinsip hidup).

الله  مع(bersama Allah) iaitu bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan Islam sebagai manhaj hidup.

الله  الى (menuju kepada Allah) bermakna sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.


*** 
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu. Menitis air mata tatkala merindu. Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh. Tetapi, janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu” 


— (Asy-Syahid Hassan al-Banna)

di setiap bait tarbiyahku




Diri bukan Kakak yang penuh hatinya
Yang terisi banyak ayat keramat ilahi
Yang santun jiwanya dengan sunnah kekasih murabbi.

Hanya budak
Yang baru terdengar orang berbisik ‘tarbiyah’
Apabila ditanya pada diri
Hanya kelu lidah memberi.

Hanya budak
Yang terpinga-pinga mendengar tadabur
Dari bibir ke bibir
Yang mengetap bibir menunggu giliran mengaji
Yang menggaru kepala meniti sirah nabawi
Yang menggerutkan dahi demi memahami Islam.
Itulah terbiyah

Siapa tahu?
Yang mampu mengubah pokok yang mati
Kepada mawar yang mewangi.

Siapa sangka?
tarbiyah mampu beri kekuatan
Tarbiyah berterusan memantapkan jiwa yang kontang.
Hanya menjadi budak
Mengenal Islam lagi dan lagi. 



nota hati seorang perempuan bertudung labuh



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !





Testimonal;

        ''Bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan saya kerana apabila memakainya akan membuatkan saya cukup selesa''


 ''Tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diri saya''


''Menutup aurat tu paling penting. Fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people tapi sebenarnya bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen tu''


Berikut adalah suara-suara testimonal oleh pemakai tudung labuh.


Hidup menuntut kita untuk membuat pilihan.


Anda ada dua pilihan. Hidup juga menuntut kita untuk membuat pilihan.



Memilih jam mahal diletak di dalam balang berkaca di show room. Indah dipandang tetapi harganya mahal. Tersangat mahal sehingga kita yang bergaji biasa, berelaun biasa, berduit sederhana tidak mampu untuk membelinya. Kita hanya mampu memandang meskipun dari jauh, padahal kita sangat ingin sekali memilikinya. Kita jadi sedar diri, tentang hakikat diri kita, tidak punya wang yang banyak, tidak hidup mewah untuk membeli jam yang tersangatlah mahal itu. Hanya orang yang benar-benar punya wang yang banyak yang mampu membelinya.




Terkadang longgokan jam murah di pasar malam itu, sangat menggoda kita untuk membelinya. Murah, RM 10. Mudah untuk dilihat, tidak diletak di balang-balang kaca. Kita dengan seenaknya memegangnya. Jika mahu, beli, jika tidak mahu, kembali meletakkannya. Entah sudah berapa tangan yang telah menyentuh jam tersebut. Ia bisa ditatap seenaknya, disentuh semudahnya. Kita mampu membelinya bila-bila masa.




Jauh di sudut hati, pasti kita menginginkan jam yang mahal tersebut.




Yang tertutup itu indah, dan tidak semua mampu untuk memilikinya. Walhal keinginan untuk memiliknya membuak-buak tanpa mengetahui status diri.


Siapa soleh dapat solehah. Insyaallah..



Semua orang punya impian untuk memiliki pasangan yang beriman, suami yang soleh dan isteri solehah. Supaya keturunan nanti baik-baik, zuriat yang dilahirkan diharap juga soleh solehah seperti ibu bapanya.




Bukan topik suami isteri yang saya hendak bincangkan, tapi ianya adalah sebuah gambaran akan datang dari sekecil-kecil perkara. Banyak kawan lelaki yang saya tanya, rata-rata mereka inginkan wanita solehah, yakni mereka perincikan lagi, seorang wanita yang bertudung labuh. Bagi mereka, wanita bertudung labuh ini sedap mata memandang, akhlak solehah, pandai menjaga diri, dan dipercayai. (jika ada kes yang terjadi berlawanan seperti apa yang dinyatakan itu kes terpencil)




Jadi, akhlak luaran telah menggambarkan dalaman. 



Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "
                                اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
"Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)


Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca 

‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.”    (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)


Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut."    (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.”    (HR Thabrani no.7532)
 

berkat ayat kursi



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan  
(sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)


Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….



Pedihnya Seksa Neraka


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




1. Kulit mereka diganti dengan yang baru, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya : 
Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan adzab..

(QS-An Nisa' : 56)

2. Bara apinya membakar sampai ke hati, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya : 

(Yaitu) api (yang disediakan) ALLAH yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati..

(QS-Al Humazah: 6-7)

3.
Mereka diseret ke neraka di atas wajah mereka, sebagaimana dalam firman-NYA yang ertinya :

(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka..

(QS-Al Qomar: 48)

4. Minuman mereka adalah besi yang mendidih..

Sebagaimana ALLAH berfirman yang artinya : Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek..

(QS-Al Kahfi: 29).

Begitu syadiid (keras dan pedih) siksaan neraka, lalu siksaan apa yang paling ringan untuk penghuni neraka..??

Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda yang ertinya : 

Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah orang yang mengenakan dua sandal dari neraka lalu mendidih otaknya karena sangat mencekam panas dua sandalnya..

(HR. Muslim).

YA ALLAH YA RABBI : Ampunilah Dosa-dosa Hamba..

Berilah Hamba kemampuan untuk beribadah kepadamu dan berilah Hamba kemampuan untuk menghindari kemaksiatan.

YA ALLAH YA RABBI : Hamba memang tidak pantas masuk Surga Tapi Hamba tidak akan kuat bila masuk neraka. Ampunilah Dosa-dosa Hambamu ini dan setiap orang yang mengucapkan 'Aamiin' ..