terima kasih Ya Allah atas ukhwah ini.



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !





Seorang sahabat adalah seseorang yang tertawa dan menangis dengan inspirasi ,
seorang yang meminjamkan tangan membantu,
meskipun mungkin bukan selamanya ,
Tapi kenangan persahabatan bersama akan kekal selamanya , 


Corak-corak persahabatan itu kadang-kadang mengelirukan kita, membuatkan kita mengalah pada onak duri persahabatan , Ia menerima seadaanya kita , itulah yang akan melengkapkan kisah-kisah hidup kita ,

memang kadang tu rasa susah nak terima macam-macam perangai yer, Tapi. . lama kelamaan tu dah jadi perkara biasa dan akan meninggalkan kesan yang istimewa , dan bila tiada kita akan rasa rindu. .rindu .. rindu . .huhu.. 


SubhanaAllah, indahnya jika mempunyai sahabat yang benar-benar memahami kita, susah senang bersama.. namun susah untuk mencarinya, Allahu Rabbi. . jadi untuk mendapatkan seorang sahabat yang sejati yang diredai oleh Allah, kita sendiri lah harus memperbaiki diri kita agar dapat menjadi sahabat yang sejati bagi insan yang lain. In Shaa Allah..





Ya Allah terima kasih juga atas persahabatan yang telah Kau takdirkan, Alhamdulillah.. kami dalam bidang yang sama, dan saling memahami, mereka juga seorang yang tawadduk', SubhanaAllah, sungguh daku sayangkan persahabatan ini kerana MU, terkadang ku alpa mereka sering mengingati agar daku tidak terus terleka. 


Mungkin aku tak boleh banyangkan hidup tanpe diaorang, mesti sunyi sepi jepp , diorang lah warna warni di corak persahabatan, dan aku ingin biarlah persahabatan ini banyak ragamnya, agar lebih manis untukku kenang di masa hadapan.



Pesan sahabat : "semoga kita dapat bersama mengapai mardhotillah Illahi, nasihati la ana bila alpa dan melakukan kesalahan, gapai la tangan ana disaat ana rebah, ana sayangkan enti kerana Allah "



Sungguh daku rasa ingin menangis dan bersyukur kerana mempunyai  seorang sahabat yang baik sepertinya Ya Allah, semoga Engkau menjaga persahabtan kami Ya Rabb, Allahumma Aamiin, . 


Dalam sebuah pertemuan mesti ada perpisahan, Namun perpisahan yang sangat indah adalah kita bergengam tangan, dan berjanji , "Kita untuk selamanya sahabat, walaupun jarak menjauh, waktu memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam sanubari ku."


" Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan ( kepada musuh ) dan tidak menghinakannya. " -hadis riwayat muslim.

bercakap apabila perlu.






Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !



Bercakap apabila perlu? tapi bukan sombong tau, kadang-kadang kalau kita banyak cakap orang kata mulut murai, and sewaktu dengannya, boleh jadi juga dalam tak sedar kita akan mengumpat, dan bercakap benda-benda yang mendatangkan dosa, so  ada baiknya kita diam kan? 


Rasulullah SAW memberi banyak peringatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda yang bermaksud:
"Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya."
  -hadis riwayat at- Tirmizi.


Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud : " Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." -hadis riwayat at- Tirmizi


Rasulullah SAW bersabda yang bersabda : " Sesiapa yang banyak bercakap maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah yang paling layak untuk dirinya. -diriwayatkan oleh Baihaqi

Seseorang tu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang kurang berfaedah dan menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri sama je hasilnya, maka mengikut sunnahnya lebih baik berdiam diri.
Ada juga sesetengah orang cakap bila kita berdiam diri tu seperti orang yang kurang keyakinan diri untuk bercakap. Suka hati la nak cakap pe, asalkan kita jadi diri kita yang sebenar dan terbaik, In Shaa Allah..

Syaikh Saalih Al- Fauzan ada menasihatkan : " Mereka seharusnya tidak bercakap melainkan ianya membawa kebaikan kepada semua pihak."



"Terkadang DIAM dan SEPI itu INDAH dan Damai"